Friday, September 4, 2015

Penceraian di Malaysia

Hari ini, saya ingin berkongsi ilmu berkenaan penceraian. Penceraian ini untuk bukan Muslim.
Terdapat 2 jenis penceraian. Penceraian bersama iaitu penceraian yang disetuju oleh kedua-dua iaitu suami dan isteri. 

Penceraian unilateral ialah penceraian dibangkitkan oleh salah satu pihak dan penceraian sebegini timbul akibat daripada:-
(a) Suami atau isteri melarikan diri dan tidak tahu kedudukan terkini suami dan isteri;
(b) Suami dan isteri berpisah 2 tahun;
(c) Suami dan isteri mempunyai hubungan sulit dengan pihak ketiga (adultery) dan lain-lain

Apa perbezaaan antara penceraian bersama dan penceraian unilateral?

Penceraian bersama 
(a) pasangan suami dan isteri hanya perlu menghadiri ke Mahkamah sekali sahaja.
(b) mengambil masa yang cepat
(c) Isu nafkah isteri, nafkah anak dan hak jagaan anak ditentukan oleh suami dan isteri

Penceraian unilateral 
(a)  pasangan suami dan isteri mungkin perlu menghadiri ke Mahkamah lebih daripada satu kali dan perlu duduk di kandang saksi sebagai saksi 
(b) mengambil masa yang panjang
(c) Isu nafkah isteri, nafkah anak, hak jagaan anak ditentukan oleh Mahkamah

No comments:

Post a Comment