Penceraian amat biasa di Malaysia dan mengikut kajian angkanya semakin meningkat.
Penceraian terdapat dua jenis sekiranya mengikut Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 iaitu Penceraian Bersesama dan Penceraian Unilateral.
Perbezaan antara perceraian bersesama dan perceraian unilateral
Di praktikal, penceraian bersesama adalah sangat mudah kerana asalkan pasangan suami isteri bersetuju bercerai dan menghadiri ke Mahkamah sekali, perkahwinan akan dibubarkan mengikut seksyen 52 LRA 1976.
Namun, bagi penceraian unilateral adalah amaty berbeza kerana ia terpaksa mematuhi S54 LRA 1976 iaitu:-
Proof of breakdown
54.
(1) In its inquiry into the facts and circumstances alleged as
causing or leading to the breakdown of the marriage, the court
shall have regard to one or more of the following facts, that is to
say:
Law Reform (Marriage and Divorce) 37
(a) that the respondent has committed adultery and the
petitioner finds it intolerable to live with the respondent;
(b) that the respondent has behaved in such a way that the
petitioner cannot reasonably be expected to live with the
respondent;
(c) that the respondent has deserted the petitioner for a
continuous period of at least two years immediately
preceding the presentation of the petition;
(d) that the parties to the marriage have lived apart for a
continuous period of at least two years immediately
preceding the presentation of the petition.
Hal ini bermakna pasangan suami dan isteri salah satu pihak perlu membuktikan kepada Mahkamah bahawa suami atau isterinya melakukan penzinaan/ tingkahlaku yang tidak munasabah seperti pukul memukul/ meninggalkan suami atau isteri sekurang-kurangnya dua tahun / suami dan isteri berpisah sekurang-kurangnya dua tahun.
Persamaan Perceraian Bersesama dan Perceraian Unilateral
Isteri boleh meminta nafkah isteri dan sekiranya pasangan mempunyai anak hasil perkahwinan, pihak yang mendapatkan hak penjagaan, kawalan dan pemeliharaan anak-anak hasil perkahwinan boleh mendapatkan nafkah anak. Contohnya, sekiranya suami mendapatkan hak penjagaan, kawalan dan pemeliharaan anak-anak hasil perkahwinan, suami boleh meminta nafkah anak dengan isteri.
Namun tiada nafkah SUAMI.
Sekiranya terdapat harta matrimonial seperti rumah, kereta, bank akaun semua boleh dipertikaian dalam kedua-dua penceraian ini.